Saturday 7 July 2012

LeaderMLM


Leader @ Networker amat licik hidu gerak geri mangsa,

Dalam dunia MLM & Trading System amatlah payah untuk anda menjadi usahawan yang berjaya sekiranya anda sendiri belum bersedia untuk menjadi usahawan. Kami jamin 100% kegagalan akan diperolihi kepada bakal usahawan jika tidak mempunyai asas ilmu perniagaan seperti berikut;

                1- Latihan asas Pemasaran.
                2- Latihan asas simpan kira-kira.
                3- Latihan asas stok dan simpanan produk.
                4- Latihan asas halal & haram (untuk muslim).

Jika anda berhasrat untuk menjadi usahawan maka anda perlu mencari institusi keusahawanan yang akan memberi latihan asas bagi memulakan perniagaan anda (contoh: MARA, KPDNKK, PPIM).

Jika sekiranya didatangi usahawan dikalangan Leader/Networker dari kumpulan MLM dan Trading besistem, yang akan datang memperkenalkan perniagaan menjanjikan keuntungan lumayan dan potensi menjadi jutawan, maka anda haruslah berhati-hati dengan mereka. Apatah lagi rakan anda sendiri yang membawa leader/networker itu untuk mengukuhkan keyakinan program mereka itu adalah kukuh dan benar.

Leader & Networker selalunya menyediakan pakej-pakej yang bernilai ribuan ringgit untuk anda memulakan perniagaan tersebut, sedangkan syarikat itu sendiri tidak pernah ada pakej yang sedemikian rupa.  Inilah pakej-pakej yang dirancang dan disediakan oleh leader & networker untuk memikat para bakal-bakal usahawan yang dahagakan keuntungan besar, dan contoh pakej yang disediakan oleh mereka adalah seperti berikut;

                1. Untuk mendapat pangkat lebih tinggi dan keuntungan maksima, anda haruslah
                membeli produk berharga 20k hinga 30k.
                2. Untuk menjadi Stokist Negeri, anda haruslah memeli produk bernilai  50K hingga 100K.

Setelah anda terpedaya dengan janji-janji manis mereka itu, kami pasti anda akan melabur dalam jumlah yang banyak kerana yakin leader & networker akan membantu anda !!

Setelah anda sudah mengesahkan menjadi ahli dan melabur >20K, maka perlahabn-lahan mereka akan biarkan anda terkapai-kapai tak tahu bagaimana untuk jual produk yang berlambak dirumah. Apabila sampai satu peringkat anda akan kecewa dan anda akan menjual lelong barang-barang tersebut untuk mendapat modal balek dan kadang kala hingga modal pun tak dapat. Inilah yang berlaku sekarang kepada MELAYU dalam perniagaan MLM dan Trading System.

Oleh yang demikian kami sebagai umat Islam memohon dan merayu kepada semua bakal usahawan untuk mencebur diri dalam lapangan perniagaan keusahawanan, agar belajarlah asas perniagaan terlebih dahulu dan mendapat nasihat dari pakar dan agensi kerajaan yang bertauliah untuk mendegar pandangan mereka.

Apakah anda sangup habiskan simpanan wang bagitu banyak untuk melabur dalam perniagaan yang belum tentu akan mendapat keuntungan ?

Apakah anda sangup buat pinjaman bank hanya kerana mendengar guruh dilangit air tempayang dicurahkan ?

Sekian terima kasih.


t.t.
--------------------------------
NGO Green Color.

Sumber (references);